Powered By Blogger

Friday, 13 September 2013

tukar universiti

assalamualaikum :)

kelmarin KPT (kementerian pengajian tinggi) ada buat satu taklimat menjemput seluruh mahasiswa mesir .

tapi saya tak pergi pun . jauh . kat putrajaya . kawan-kawan sekelas semua pergi . heheh .

tak pergi bukan sebab apa , sebab dah tahu , penaja saya (JPA) tkda halangan untuk students pulang sambung pengajian kat sana .

ada jugak penaja tak benarkan students dia sambung sana dah :'(

salah satunya YP(yayasan pahang) .

siapa yang berhajat untuk sambung study kat Malaysia , memang kena datang la sbb diorang nak bagi taklimat pasal tukar uni .

kata kawan-kawan , yang hadir tu ramai sangat sangat , sampai tak muat dewan dan taklimat terpaksa dibuat 2 sesi .

saya harap sangat semua kawan-kawan boleh balik sambung studi kat sana dan grad sama-sama walaupun pija dah bagitau saya , dia mungkin takkan balik sana dah sebab penaja (YP) tk benarkan .

besar kemungkinan dia akan sambung baki pengajian dia dekat Malaysia :'(



Pija ni housemate merangkap classmate , teammate , studymate dan sembangmate saya .

taktau la camna nanti kalau dia takda :'(

ya Allah panjangkan jodohku dengan Mesir . aminnn



Tuesday, 3 September 2013

permintaan

assalamualaikum ,

hope suma sihat :)

saya cuti lamaa lagi . so ingat nak aktif la sikit menulis kat sini alang-alang ada masa lapang ni .

sebenarnya ada org request , suruh cerita pasal life kat mesir .

nak cerita insyaAllah takda msalah .

cuma nak rajin tu mungkin masalah sikit .heheh

seperti suma orang sedia maklum , sekarang negara mesir tak berapa aman .

sebenarnya aman insya-Allah . cuma takut terjadi apa-apa yang tidak diingini , sebab tu kerajaan bawak balik semua student .

dari 3ribu lebih student yg tak balik masa cuti summer ni , tinggal 6 ratus lebih je lagi yang ada kat sana sekarang  .

diorang insya-Allah , sihat , selamat dan bahagia kat sana .

tengok , betapa sayangnya kat mesir , sanggup tak balik walaupun kerajaan sponser tiket balik . hehe

dulu , masa mula-mula sampai situ saya sangat tak suka Mesir . terus terang cakap .

mesir ni bukan negara idaman saya . saya lebih suka belajar kat malaysia :)

kadang-kadang (selalu jugak) terfikir kenapa la abah n umi beria nak hantar aku datang sini .

tapi sekarang rasa nak cakap , terima kasih abah dan umi sebab hantar saya kat sini . hehe

nak tau kenapa ?

Mesir ni dari segi geografi bagi saya memang takda yang menarik . haha

tapi kat situ la terletak keistimewaan dia . kita orang islam kena bangga dan kena tau pasal sejarah Mesir ni .

tak penah jejak kaki pun tak pa , asal kita tahu sejarah para anbiya' kat sini .

sampai sekarang boleh rasa semangat perjuangan para anbiya masih mengalir di tanah mesir ni .

rasa macam mana ?  rasa semangat luar biasa . balik malaysia dah takda rasa tu :)




ni gambar abah datang melawat anak dia tahun 2011 . masa tu musim sejuk , sebab tu pakai baju banyak lapis

sekian :)

Wednesday, 22 May 2013

selamat pengantin baru

assalamualaikum .

bila cakap pasal kawin suma orang exited . hehh . aku punn :)

dan kali ni bila cakap pasal kawin tiba2 rasa tak excited . sebab kakak kawin nanti tak dapat pegi .

dan lebih menyedihkan , masa tu aku tengah exam . tafsir ! Allah permudahkanlah :)

so tak dapek la den nak tengok akad nikah live dari Malaysia . hoihh hoih hoihhh :/

mula2 aku eksaited tahap apa lagi bila dapat tahu kakak nak kawin dah !

oh hah sebab kakak adalah orang pertama dalam keluarga yang nak kawin . kakak sulung .

umur muda lagi , baru 23 . dlm proses utk habiskan degree kejuruteraan . still belajar okeyyy .

 daebakk ah kakak .

umi aku cakap , elehhh tua dah tu kawin umur 23 . umi dulu kawin umur 21 tauuu .

umi muda lagi , anak2 semua dah besar . heheh :)

satu kelebihan laa bagi org yg kawin muda .

aku mmg tk target kawin muda2 . lepas grad , cari kerja , then nak duduk dgn abah n umi n tok kat kampung .

nak kerja pun dekat kampung tu jugak :) insyaAllah .hehe .

aku anak kampung , pulang nak berkhidmat untuk orang2 kampung aku :DD

ya dan ini cita2 aku dari dulu . bukan tk pernah terfikir utk kerja kat bndr yg jauh lebih maju n ada mcm2 kemudahan .

tp kalau semua org berfikiran mcm tu , sp lg yg ada utk tggl di kampung2
dan berkhidmat utk masyarakat kg ? :) ye dakkk ? hi hi

semoga Allah permudahkan jalanku dan jalan kalian dlm menuntut ilmu di bumi allah ni .

betulkan niat , semua kerana Allah s.w.t .

bila buat sesuatu krn Allah , tinggalkan sesuatu pun kerana Allah , hati tenang ja rasa . mudah-mudahan :D

akhir kalam , lagu ini ditujukan khas untuk kakak , puteri syafiqah yang bakal menamatkan zaman kebujangannya sabtu ini .

 tahniah , mabruk , congratz utk unni sulung daku .

terimalahhhh ,


sebak betui dgr lagu ni , lirik lagu mendalam , penasyid menasyid penuh perasaan . huihhh T..T .















Tuesday, 30 April 2013

coretan sebelum exam 2013

Assalamualaikum ,

lusa dah start exam written .

EXAM atau imtihan . wajib berusaha sebaik mungkin . apa saja keputusan yang dapat . semua serahkan pada Allah dan terima dengan hati yang lapang .kalau berjaya,syukur , kurang berjaya pun syukur . itu redha .

moga saya juga anda termasuk dalam golongan orang-orang yang redha dan diredhai . amin :)


siyesssly rasa teramat lah seramnya sebab this year very tough . walaupun bkn lah toughest year yet still tough .

exam dunia ni takut gila kalau tak lulus . exam akhirat nanti cmna agaknya ?

dulu before dtg sini saya pilih dentist sebab rasa macam senang sikit lah dari medik ni (kononnnn )

sekarang baru lah tahu bahawasanya menjadi dentist itu tersangatlah ........ .

bayangkan , korang kene belajar subjek dental + medical .

fuhhh kepayahan tu double sieyyyy .

setiap hari kelas mula pukul 8 pg sampai 3 ptg plg lmbt . plg awal pukul satu . belum campur lagi dengan yang lajak masa sampai maghribbb (ini over) .

takde break , lecture terus menerus .

even nak solat pun kena curik-curik masa woooo .

kt mana ada ruang kat situ kami solat

cuti satu hari je , hari jumaat .

balik rumah kena siapkan requirement pulekkk .

antara requirements utk subjek prostho


ya , jalan menuntut ilmu tu bukan senang dan bukan jugak semanis kejayaan yang dikecapi .

mungkin sebab itu Allah mudahkan bagi mereka jalan menuju ke syurga .

mudah-mudahan insyaallah :)

if you want to be successful you have to pay for it lah !


masa 1st year dahulu kala

doakan kami di bumi kinanah ni mumtaz akademik dan mumtaz juga akhlaknya insyaAllah .

2:24 a.m. hayyu sabik , cairo


W A S A L A M

Monday, 29 April 2013

perasan je

assalamualaikum ,

heee :D

first , skrg musim exam dan aku tak tahu kenapa aku malas nak baca buku , kurang motivasi , homesick tak semena-mena .

dan kedua , tadi aku bukak fb , tengok dia tukar profile pic , gambar lebih kurg sama mcm aku .

duduk membelakangkan kamera , tepi pantai , nampak langit biru .

ahaksssss perasan ja lebih xD

last but not least ,

2 mei ni dh start written n oral exam sampai 20 june :)

mohon doa dari kalian .

jazakumullah .

C I A O~


Thursday, 18 April 2013

of those we loved

assalamualaikum

heheh :)

kelmarin pegi beli kitty .

yeayy dapat kitty baruuu :D

mula-mula ingat nak beli seko je . pengganti oshieyy la konon . sebab kesian tengok baby seko-seko je kat rumah tu .

sebelum tu member dah pegi survey kt petshop and jumpa yang sebijik 99% mcm oshiey .

so , ktorg decide nak beli yang tu .

tapiii , tengok ap yg kitorang dapat ,

cindy


satu .

taddaaa . ni Garry . mcm oshieyy
dua .

little cherry
tiga .

tiga ekor kesemuanya . heh heh hehh .

tambah lagi seko yang kat rumah tu , jadi 4 . fuhhh .sekarang ni kitorang dh macam ibu-ibu penyayang jaga anak-anak .hihi

kat sini kucing murah je . murah sangat . kalau seko tu dalam rm50 je . tu pun dah comel gileee .

baby
ni baby . baby ni kitorang jumpa kat tepi jalan masa nk balik kuliah . kitorg jg dy dr umur dy lbh kurg 2mggu . kecik sgt time tu .

sekarang dah besar + buas nak mampos 

osheiyyy 
dan ini lah oshieyy . oshieyy yang tersayang . osheiyy cepat la balik . sob3

sebulan yang lalu oshieyy hilang . tak de berita , pegi mane pun kitorang tak tahu . takde jejak langsung .

ade satu je possibility utk oshieyy keluar dari rumah ni , terjun ikut tingkap bilik air . tingkap tu memang

kitorang bukak. kitorang tk boleh tutup sbb rumah ni gune heater gas . so nak elakkan gas berkumpul ,tingkp

kene sentiasa bukak utk ventilate air.

tapi ...... rumah ni terlalu tinggi utk sekor kucing terjun ke bawah . boleh mati . paling kurang pun patah riuk .

kalau betul la dia terjun , tk dpt bygkn betapa seksanya dia . huhuhuuuuu .

jenuh dah kitorang cari, buat iklan kat fb , tanye orang , naik turun satu bangunan , tanya jiran-jiran kot-kot ada ternampak oshiey .

tapi suma negative . sob3

i miss you oshieyy .

cairo , egypt

S E K I A N

Saturday, 13 April 2013

Twitter

assalamualaikum


"wahh dah maju sekarang . dah ada twitter"

"majulah sangat"

"mesti ah wei , sume org ade kot . ko je tkde . knp ea ko tk buat ?"

" coz havin' twitter is too mainstream " ceh !

mungkin itu definisi maju bagi dia . ada twitter . maju . mengikuti arus semasa . atau dgn kata lain up to date .

tadi baru belajar msa kelas quran , definisi maju dan mundur yang sebenarnya mengikut al-quran  ,
(untung tau siapa yang study kt Azhar ni .setiap mggu ad kls quran. hihihihi)

siapa yang mahu menerima peringatan, dia maju .

dan siapa yang tak mahu terima peringatan tu termasuk dalam golongan mundur . w.a.
(ooo , baru tahu)

tkdak pulak ckp , ad twitter maju , tkdak twitter ketinggalan . hihihihi .

 twitter ni kalau kita tak guna dengan cara yang betul memang boleh jadi satu sumber pelaburan dosa yang sangat kukuh dan 'maju' kalau nak banding dengan benda lain .

hairan , kalau nak bergaduh , mesti kat twitter (kt fb kurg sikit). bergaduh  maki memaki ,caci mencaci , carut mencarut , balas membalas . lepastu bangga , buat macam tak berdosa . nauzubillah .

tak salah pun ad twitter , berdosa pun tak (kalau tk maki org la kann) hee hee :D

so ,



@diyaputeri . hehhh .

S E K I A N